FREE! NEW Firefox 2.0 released!

Traditional Games

A Brief Background
In the past, when population consisted of mainly farmers and fishermen, people worked hard and in groups. They start their work early in the morning and finish by late afternoon. In the evening, they would usually gather to play games. Once in a while they would even organize friendly competitions to test their skills. These games did not require expensive or elaborate equipment and were played by both adult and children. Balls were made from rattan and toys were created using natural resources like rubber seeds, coconut husks and bamboo.
Back then, radio and television were scarce so traditional games doubled as a form of entertainment for the community. They also brought people closer together. As time went by and as people’s lifestyle evolved, these traditional games were gradually replaced by other leisure pursuits. Some traditional games like gasing or top spinning and kite flying are now kept alive as tourist attractions while popular children’s games like police and thief and marbles disappeared in favour of factory churned games and toys. Nowadays even these toys are being abandoned as more and more children turn to electronic and digital games like Nintendo and Playstation.

Sepintas Lalu.
Dahulu, ketika penduduk Malaysia kebanyakannya masih petani dan nelayan, mereka bekerja keras dan secara berkumpulan. Mereka mula berkerja dari awal pagi sehingga lewat tengahari. Di waktu petang pula mereka akan menghilangkan penat dengan bermain beramai-ramai. Sekali sekala, mereka akan mengadakan pertandingan untuk menonjolkan bakat masing-masing. Permainan-permainan ini tidak memerlukan peralatan yang canggih atau mahal dan dimain golongan dewasa dan kanak-kanak. Bola diperbuat daripada rotan sementara mainan-mainan lain diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti biji getah, tempurung kelapa dan buluh.
Ketika itu, radio dan televisyen tidak dimiliki ramai jadi permainan tradisional berperanan sebagai sumber hiburan masyarakat. Permainan-permainan ini juga merapatkan hubungan di antara jiran tetangga. Dengan peredaran masa dan perubahan cara hidup, permainan tradisional lama kelamaan dig anti dengan aktiviti-aktiviti riadah yang lain. Permainan tradisional seperti gasing dan laying-layang (wau) diteruskan sebagai tarikan pelancong sementara permainan kanak-kanak seperti polis dan pencuri dan guli diabaikan kerana kanak-kanak lebih mengutamakan mainan-mainan keluaran kilang. Kini permainan elektronik dan digital seperti Nintendo Playstation pula yang  menjadi pilihan mereka.

Reviving Traditional Games.
Playing in a group teaches you patience and how to interact with your peers. It will also teach you the joy of winning and the acceptance of defeat. Traditional games are simple, fun and no assembly or batteries. All you need are good friends or family to share a good time. We have found a list of interesting traditional games that you might want to try out. They are : congkak, sepak takraw, wau (kite), gasing (top spinning), arm wrestling, saddu guddu, chaplei, chingay (pole balancing), batu seremban, one-two-som, ice cream sticks, poison ball, rope pulling, galah panjang, rubber seeds, rubberband throwing, police and thief, marble, lat-ta-li-lat-ta-li-tam-plom, konda kondi and baling-baling bola (ball throwing). In the meantime here are three traditional games for you to start on straight away.
 

Menghidupkan Semula Permainan Tradisional.
Bermain secara berkumpulan mampu mengajar kamu tentang kesabaran dan cara berinteraksi dengan kawan-kawan sebaya. Ia juga boleh mengajar kamu erti kemenangan dan cara menerima kekalahan. Permainan Tradisional ringkas, menyeronokkan dan tidak memerlukan pemasangan atau bateri. Apa yang diperlukan ialah beberapa kawan rapat atau ahli keluarga untuk berkongsi masa bermain bersama. Kami telah berjaya menemui beberapa permainan tradisional yang boleh kamu cuba. Antaranya: congkak, sepak takraw, wau, gasing. gusti  tangan, saddu guddu, chaplei, chingay, batu seremban, one-two-som, kayu ais krim, bola racun, polis dan pencuri, guli, lat-ta-li-lat-ta-li-tam-plom, konda kondi dan baling-baling bola. Berikut terdapat tiga permainan tradisional yang boleh kamu cuba.
  

1. Poison Ball.
You will need an empty field to play, as many players as you wish and two balls. Form to two team: one team makes a circle and the other team has to stay in the circle. The players forming the circle will throw the ball in the direction of the players inside the circle. The players inside the circle will need to avoid the ball by jumping or running away. If a player inside the circle is hit (below the knee), the player is assumed dead and is out of the game. The last remaining player inside the circle is the winner. Next, the game continues with the team forming the circle going inside while the team inside will now form the circle. The rule is for the ball to hit below the knee and the players inside the circle is only allowed to run within the circle to avoid being hit by the ball.

Bola Racun
Kamu perlu satu padang permainan yang kosong, seramai mana pemain yang kamu ingin dan kamu perlu dua biji bola. Bahagikan pemain kepada dua pasukan. Satu pasukan membuat bulatan dan satu lagi pasukan kedua hendaklah berada di dalam bulatan tersebut. Pemain-pemain yang membuat bulatan akan melontar bola kea rah pemain-pemain di dalam bulatan. Pemain-pemain di dalam bulatan mesti mengelak bola itu dengan cara melompat atau melarikan diri. Jika pemain di dalam bulatan terkena bola (di bawah lutut), pemain itu dikira mati dan tersingkir dari bulatan itu. Pemain terakhir di dalam bulatan adalah pemenang. Permainan diteruskan dengan pasukan yang membuat bulatan mengambil tempat pasukan yang berada di dalam bulatan yang akan sebaliknya membuat bulatan baru. Peraturan permainan ialah bola mesti kena di bawah lutut dan pemain-pemain di dalam bulatan hanya boleh melarikan diri daripada bola di dalam kawasan bulatan itu sahaja.

2. Rubber Seeds
You can play anywhere and will need two players with rubber seeds. Decide who will be the crusher. Put your hands together and try to crush the two rubber seeds. The winner will be the owner of the surviving rubber seed!

Biji Getah
Kamu boleh bermain di mana sahaja dan memerlukan dua pemain dan biji getah. Pilih salah seorang untuk menjadi penghancur yang akan cuba menggenggam dan memecahkan dua biji getah. Pemilik biji getah yang selamat (tidak pecah atau retak) ialah pemenangnya.

 

3. Rubber band Throwing
You can play anywhere and with more than two players and you will need as many rubber band as possible. First make a long straight line with a chalk or use your slippers as marker. Stand behind the line and take one rubber band and place it on the palm of your hand. Swing your hand forward until the rubber band falls to the ground. Each player takes turn to swing the rubber band to the ground. If a rubber band falls on another rubber band, the player can take all the rubber band on the ground. The game continues and the player that ends up with the most rubber bands wins. 

Membaling gelung getah
Boleh dimainkan di mana sahaja dengan lebih daripada dua permain dan kamu memerlukan sebanyak mana gelung getah yang boleh diperolehi samaada mengutipnya dari rumah atau di mana-mana yang boleh diperolehi. Pertama sekali, buat garisan panjang dan lurus dengan kapur tulis atau gunakan selipar kamu sebagai penanda. Berdiri di belakang garisan atau penanda itu dan letakkan satu gelung getah di atas tapak tangan kamu. Hayunkan tangan kamu kehadapan sehingga getah itu jatuh ketanah. Setiap pemain mengambil giliran menghayunkan gelung getahnya ke tanah. Jika satu gelung getah jatuh ke atas gelung yang lain, pemain tersebut berhak mengambil semua gelung getah yang berada di atas tanah. Permainan di teruskan dan pemain yang berjaya mendapat gelung getah yang terbanyak akan menang.

 

Leave a Reply

Multi-Languages Translator With FireFox
American/English flag German flag Spanish flag French flag Italian flag Portuguese flag Dutch flag Greek flag Japanese flag South Korean flag Russian flag Chinese flag

 
Web www.skselasihworld.com