Perkhemahan Perdana
November 25th, 2006LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA
Pada 14, 15 dan 16 September 2006 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di Padang Sekolah. Seramai 121 orang murid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid terpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesai mendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru dan guru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana.
Selepas sesi taklimat berakhir, guru yang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta. Sebuah khemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta. Read the rest of this entry »